Monday, January 31, 2011

berharap....

mintax2 la aku dapat alik tampin esok ngan selamatnya..amin...

Sunday, January 30, 2011

HAKIKAT PERSAHABATAN

firman ALLAH:

“Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”

Persahabatan Jejaka dan Wanita (“Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”)
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang.
Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya?
Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya.

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni.
Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki.
Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali.
Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit.

Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis.
Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat.

Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan
“Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”.
Ketika itu sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya.
Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.


Berhentikan Proses Seterusnya!!! (Saling rindu-merindui...)
Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati,
jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan.
Inilah persahabatan yang ideal.
Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat
(Rasullulah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah.
Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah,
maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali.

“Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah ini,
ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku.
Aku sangat inginkan kelak ia menjadi suamiku.
Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku”, Kata Fatimah.

“Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku?”, tanya Ali.

“Tidak kerana pemuda itu adalah engkau”, Jawab Fatimah.


Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati.
Sesungguhnya cinta itu boleh “menghinggapi sesiapa sahaja”
termasuk orang yang beriman atau para pendakwah.
Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar,
proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari.
Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui....

Sudah terlanjur digosipkan...
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang abstrak.
Kita tidak mampu mengukurnya.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati “berdegup” hebat.
Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja.
Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.


Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja.
Inilah salah satu kesilapan besar.
Ia bukanlah keputusan bijak.
Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini.
Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut.
Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.


Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah.
Pagi kata benci petang pula kata rindu.
Sesungguhnya hati merupakan penjana yang paling penting.
Ia merupakan kunci segala-galanya.
Hati mestilah dikendalikan dengan sebaik-baiknya.
Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas,
ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita,
maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut.
Lalu bersabda : “Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyuciaan jiwa) perlu dimainkan.
Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya,
minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis.
Walaupun dalam aktiviti keislaman,
yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi.
Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan.
Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman Nya:
“Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki,
supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya.
Itu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan.
Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan,
supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya...”
[QS. An-Nuur: 31-32]


Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa.
Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu.
Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali.
Sesungguhnya jika ini tidak dapat dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.


10 TIPS DALAM PERSAHABATAN

Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing.
Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya.
Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan.
Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi.
Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi.
Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang,
saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 ‘K’ yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

“Friendship is an onion. It has many layers in it.
Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”

10 K dalam PERSAHABATAN


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan.
Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri.
Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka.
Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran.
Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi.
Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat.
Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya,
bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.
Apabila kita setia terhadap kita,
kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka,
kerana tidak kira susah atau senang,
kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar.
Dalam persahabatan juga,
kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu.
Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya,
kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan.
Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita.
kerana sebagai sahabat,
kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?


* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan.
Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita.
Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita.
Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan,
bersedialah untuk memaafkannya,
tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.
Jika kita yang bersalah,
janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih,
maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka.
Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka.
Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan.
Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta.
Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka?
Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka?
Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,”
“Kau kaya, aku pun kena kaya”.
Tidak sama sekali.
Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza,
namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak.
Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.


CREDIT TO:CLaSSIC BERBISIK

Saturday, January 29, 2011

Malique feat. Najwa - Senyum




Senyum senyum senyum

Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama

Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama

Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini

Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan

Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan

Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi

Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini

Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit...


nilah INCA MEDINA..;))

AIZAT AMDAN - Sungai Lui -




Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

LIAR!!!!!!!!!!!


haish!!!!!!
panas aty kan?yela..tgok sign pon da menyirap..
perlu ke ko tipu ak der?
weyh?
ko tu mg xreti jujur ea dalam perhubungan ape pon?
ap masalah nye kao ni..
kawan sendri pon ko nak tpu?
ko xd perasaan ke/
oo...
ko nak jge aty aku sbb tu ko tpu?
wakkkluuuuu!
bodoh...
nasb ko pandai cket dr aku..
tp xpla..
at least ak xpnh tpu la mmber2 aku...
walaupon mulut aku cam lahanat tp ak xd perasaan yg buruk cam ko...
ak taw ap kesudahan nya nnt law ak menpu..
ye...
ak taw...
ak xperfect...
ak manusia biasa yg sering melakukan kesilapan tanpa aku sedari tp ak masih taw cara2 untuk MINTA MAAF dan UCAPKAN TERIMA KASIH.
cm ko...?
reti mengumpat org,mengata dan menipu..
wow...
3M..
sesuai sgt la kan?
keep it on...
ske kaola...
ko bahagia ngan cara ko..
aku doakan ko SEDAR DIRI ko satu hari nanti...

kegembiraan dalam kedukaan....

hye there...;))..
hurmm....pagi ni agk teruja ati ak ade lak org bgun pagi2 kjot aku semata2 nak ajx g jejalan..ha....mg tersangat panas la kan...actually da plan...then ak g gtal wat kputusan xnak g..hahahaha..bangang x aku?aku taw...tp xpla...sbb mmber ak trutkan jua...poei la aku mandi dengan sojuk skali terasa cam aku kat air terjun lak....seju xyah cakap la kan...uish!..cter mandi la plak kan..hahha...ok..pagi ni aku siap awl dr diorang..ouh!satu kemajuan setelah berulang kali dimarahi MEREKA..hahhahaha...keepit on bebeyh...yeah..i will...insyaALLAH...hahahha..penah ke aku berubah ?berubah hati pnah la kot kan...ngan sape?ngan sesape la...hm...plan utama untuk aku la g tgok2 je..aleh2 seratus do ilang cm gitu je...hahha...nak tgok list x?
1:adiah kaklong rm35
2:baju aku rm15
3:makan rm20
4:teksi rm 4
5:casing e71 rm 20..
ha...kirakan la sendri..hahaha
kekadg xd mnde pon tp sbb ak ni mg xble tahan mata dr tgok mnde2 cntik...ari slasa ni g lagi..nta brape la plx kan aku pon xtaw..hahahah...tp pe2 pon...puas aty dapat adiah kaklong..adiah syifa nanti balik tampin la...uikss...dapat lagu baru..sungai lui by aizat...ouh..sguh sagt la best..sy ske..;))


cntik x?hee,,,
terima kasih...

skenye dapat cakap ngan mak...;))




ouh..tersangat la happy kan...dapat cakap ngan mak ngan ayah td..hilang sikit rindu..hee....
mak&ayah:rindoo sayag cinta kamo...;))


Thursday, January 27, 2011

konfius ni!



adehh..konfiuss la makcik..
perlu ke x ni?
kne ke?
aduhaii....
cam x happy n buang masa je?
hmmmm.....
ya ALLAH....
berikanlah hamba petunjuk....;((

amaran banjir?...OMG!



adeh..takotnye..amaran banjir doo..
jagan la time aku nak alik nanti..mntx2 la sumenye dipermudahkan..takot gak aku law bnjir xpek nak balik cuti ni..
isk3...
sedihnyee...
hujan..berhentilah....
please.....
turun sket2 je da la...
sy nak balik jumpe family...
rindunyeeee....;((
mood:mengharap n tawakal...


4 LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tazkirah ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.